Masih ada debar saat aku renung matanya
Masih ada rindu terdendam dalam nafasnya
Masih ada sayang yang tidak teriak di wajahnya
Masih ada rasa cinta yang tak mampu diucapkannya
Tapi
Masih ada juga sangsi yang belum mampu diungkapkan
Jujur
Biar segala nya terungkai
Tak mampu lagi aku tangisi
Agar semua yang ada kian terisi
Rindu sayang cinta dan hati


.:That was I. This is ME. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future:.

Aku derita
Aku bahagia
Tanpa dirimu

Kau dan aku tak bisa bersama
Bagai syair lagu tak berirama
Selamat tinggal kenangan bersamamu


.:That was I. This is ME. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future:.

Perjanjian

Hanya dengan beberapa detik, satu perjanjian antara hati telah terikat. Namun, untuk merungkaikan satu perjanjian tersebut, mungkin mengambil masa seumur hidup.


.:That was I. This is ME. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future:.

Percaya

Aku tak de kawan baik. Aku tak de tempat nak bercerita semua nya macam Trisy ada Jade. Tapi aku ada blog untk aku luah rasa. Blog sepi. Sesunyi hati aku. Sepi dan tak berpunya. Aku jadi malas nak percaya. Aku jadi malas nak mendengar. Aku jadi malas nak hadap semua. Sebab apa yang aku hadap akan berbalik pada aku semula. Jadinya, ada baiknya aku diam. Ada baiknya aku sendiri. Sometime strangers are even better than family. Tapi aku lebih suka sendiri. Simpan sendiri. Pendam sendiri. This is how I impress my feeling throught words. Aku tak reti impress orang dgn kata kata. Akan nanti orang anggap dusta. Jadi aku simpan. Biar aku yang sakit sendiri. Bukan sombong. Bukan mendabik dada kononnya super girl. No. But I've trust issues with others. Bukan semua boleh terima past kita. Bukan semua boleh terima my dark side. Yes. We live in a present. We will live in future. But not everyone will accept our past. Aku jadi malas nak berkawan. Puncanya ? Jadi macam ni lah. Mulut menyampai nyampai. Pastu tanak mengaku. Dan akhirnya. Aku yang kena even aku tak tahu siapa yang sebenarnya bongkarkan semuanya. Jadi aku ambik pengajaran. Jangan percaya orang. Jangan rapat dengan orang. Don't too listen what they want you to listen. Don't too believed when they ask you to trust. Semua orang sama. Semua pendusta. Semua fire stone. Semua jenis step back to other people. So dhaniah. Please. Even if kau sunyi. Kau sepi. Dan kau tak berpunya. Tapi kau ada Tuhan. Kau ada blog untuk kau luah rasa. Tak pe lah. Orang anggap aku ni jahat apa semua. Lepasni aku diam. Jangan pula mencari. Aku pergi jangan pula kau mengharap aku kembali. Enough. I'm tired with those fake people. Aku duduk diam diam kat sini k. Jangan kacau aku.


.:That was I. This is ME. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future:.

💔

Terlalu banyak yang ingin dicerita. Terlalu banyak yang ingin dikongsi. Terlalu banyak yang dipendam. Tapi aku perlu luah pada siapa ?

Sakit. Sangat sakit. Hingga aku rasa aku tak mampu untuk bertahan. Sampai bila aku mampu bertahan.

Jiwa aku rapuh. Jiwa aku tak kukuh. Untuk satu perkataan yang terlalu utuh. Setia. Aku setia tapi sebaliknya pada dia.

Kenapa perlu ada rasa duka kalau bahagia dicipta ? Kenapa perlu ada gembira kalau sedih menampar jiwa ? Kenapa perlu ada curang kalau yakin boleh setia ?

Jujur aku kata. Aku terlampau setia. Aku terlampau sayang. Sebab itu aku terlalu menjaga. Jujur. Aku tak mahu. Tapi hati aku yang mendesah buat begitu.

Ada sesiapa yang boleh beri semangat masa aku dalam keadaan duka ? Aku harap ada. Aku tak mampu pendam sendiri. Sakit. Pedih. Sampai bila aku mampu begini ?

Awak, kenapa awak sanggup buat sy macam ni ? Kenapa awak berubah tanpa aeak sedar ? Kenapa awak tahu tapi awak masih melukakan ? Kenapa awak masih berkasar sedangkan awak tahu sy tak pernah berkasar dengan awak ? Kenapa awak sanggup mencari salah walaupun tiada salah ? Dan kenapa sy yang menjadi mangsa ?

Berlaku jujur pada sy. Kalau sayang katakan sayang. Kalau benar cinta katakan cinta. Dan kalau sungguh toada lagi rasa itu, lepaskan sebaiknya bagaimana awak mula begitu juga pengakhirannya. Adakah awak lupa masa kita mula mula berkenalan ? Adakah awak lupa pada mula kita berkongsi cerita ?

Awak buat sy jatuh. Dan awak biarkan sy terus jatuh. Tiada kata kata semangat. Tiada jujur. Tiada kasih. Tiada sayang. Yang ada hanya benci. Yang keluar hanya bosan dari mulut awak. Yang selalu diucap hanya malas. Tak tahu. Entah. Tak de apa apa. Itu saja. Jadi sy perlu balas apa untuk tarik hati awak kembali ? Tiada. Susah. Okay. Ye lah. Itu saja.

Jujur sy kata. Belum tiba masa untuk sy bersedih, maka jangan bersedih. Tiba satu masa untuk sy melepaskan semuanya, sy akan lepaskan. Cuma, masa itu sy harap, tolong. Tolong jangan paling belakang lagi. Hapuskan semua kenangan kita. Buangkan semua pengalaman yang kita cipta. Dan hapuskan ego awak demi dia yang akan datang. Ego awak tidak setanding dengan sy.

Sy minta maaf. Sy tak mampu lagi nak pujuk hati ini untuk kasih pada orang yg tak tahu menghargai. Hati ini dah tak mampu menampung rasa kecil hati dan rasa sedih. Sy minta maaf. Saat ini, tak kan ada sy dalam hati awak. Tak kan ada lagi nama awak dalam doa sy. Semoga awak bahagia.

Sy minta maaf. Terima kasih. 💔


.:That was I. This is ME. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future:.