Nak Dendam Sampai Bila ?


Now Playing : Han Nam Ja by Kim Jong Kook
Now Mood : Shock ! Shit !
Now Place : Kitchen.

Dendam. Tipu lah kalau ada orang cakap sifat dendam ni tak pernah wujud dalam diri dia kan. Mungkin kita ada sebab tersendiri untuk ada sifat dendam tu. Sejak akhir-akhir ni perkataan 'Dendam' selalu teringat-ingat dalam kepala aku. Tah kenapa. Mungkin ada yang dendam dengan aku kut. Kan ramai yang benci aku. :) Mungkin jugak aku kutip dari pengalaman yang pernah aku rasa atau orang sekeliling aku. Tak kisah lah. Janji aku tak kacau hidup kau kan ?

Orang kata, dendam itu boleh memakan diri. Aku rasa semua dah tahu macam mana rasa dendam tu serap dalam jiwa. Tak bagus rasa dendam tu sebenarnya. Ada orang cuba membalas dendam dengan kata-kata dusta. Itu comman lah aku rasa. Contohnya, kau berchenta dengan si Dia bagai nak rak. Lastly, hubungan tu tak bawak kemana. Kau ye ye nak kan si Dia kembali. Tapi si Dia tolak kau mentah-mentah. Dan dari situ lah timbul rasa dendam tu. Kau mula menabur fitnah. Kata itu ini kat orang. Bukak aib dia. Cerita tah hapa hapa kat kawan kau yang tak tahu cerita. Dan si Dia langsung buat tak endah. Dari situ jugak mula kau mula rasa tercabar.

Sikap tu buat kau rasa tertekan nak hadap dunia sebenar. Ya, kau hanya menunggu kesempatan untuk membalas balik setelah apa yang si Dia dah buat. Kau tak boleh terima si Dia sanggup tolak kau serta-merta. Kemudian, kau mula mencari seseorang untuk menggantikan tempat si Dia untuk kau membalas dendam. Kesian. Ego kau tercabar bila lihat si Dia mampu tersenyum gembira tanpa kau disisi dia.

Memaafkan bukanlah sesuatu yang senang. Mulut berkata, “aku maafkan kau” tapi sebenarnya dalam hati, masih tersimpan sekelumit dendam itu. Akhirnya, kau sendiri yang binasa akibat tidak mampu untuk meninggalkan sejarah silam. Sedangkan si Dia hidup dengan bebas gembira. Ah, sungguh, bukan senang untuk memaafkan.

“…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah Asy-Syura: 40)

'' Seseorang yang hatinya bersih dan jiwanya sehat, ialah mereka yang apabila melihat sesuatu nikmat yang diperoleh orang lain, ia merasa senang dan merasakan kurnia itu ada pula pada dirinya. Dan apabila ia melihat musibah yang menimpa seseorang hamba Allah, ia merasakan sedihnya dan mengharapkan kepada Allah untuk meringankan penderitaan dan mengampuni dosanya. Demikianlah seorang muslim, hendaknya selalu hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sehat, rela terhadap ketentuan Allah dan terhadap kehidupan. Jiwanya bebas dari perasaan dengki dan dendam. Karena perasaan dengki dan dendam itu merupakan penyakit hati, yang dapat merembeskan iman keluar dari hati, sebagaimana merembesnya zat cair dari wadah yang bocor. '' -Dengki & Dendam

Sifat dengki atau dendam ny sebahagian dari penyakit hati sebenarnya. Aku kesian lah tengok kat orang yang berdendam ny. Ya, bukan senang nak rawat hati yang luka. Bukan senang nak tabah bila hadapi kesukaran. Tapi percaya lah, Dia sentiasa ada dengan kita. Berdoalah dan selalu meminta keampunan dari Dia.

Berpandu pada contoh yang aku bagi tadi, susah sebenarnya kau nak rendah kan ego kau. Terasa diri diperbodohkan kan ? Itu lah yang si Dia rasa bila kau mula menyakitkan hati si Dia. Tapi sebenarnya kau sendiri yang memperbodohkan diri sendiri untuk mengharapkan seseorang itu mengubah diri kau.

“Manusia mampu berubah demi orang yang mereka cintai. Tetapi kita tidak sedar sebenarnya kita mampu untuk berubah kerana tekad dalam hati kita yang mendambakan sebuah perubahan. Semuanya kerana diri kita sendiri bukan orang lain.”

Memaafkan. Melupakan. Dan mulakan hidup baru tanpa ada rasa dendam dalam jiwa. Kenangan semalam, kau lipat then masuk dalam kotak. Kemudian kau bakar. Tak pun kau campak kat laut. Biar terhapus rasa sakit tu. Bukan dengan cara kau menghina dia kat laman Facebook, Twitter ataupun Blog. Dear awak, sila buka mata, hati dan jiwa awak. Kata-kata yang awak lemparkan tu mungkin akan mengguriskan hati banyak pihak. Bertaubatlah selagi ada masa untuk bertaubat.

Sekurang-kurang nya, si Dia pernah hadir menceriakan hidup kau. Si Dia bagi kau pengalaman untuk diuji supaya kau lebih tabah harungi masa akan datang. Supaya kau dapat melatih diri dari ujian yang lebih hebat suatu hari nanti. Tanpa si Dia, tak mungkin kau adalah kau pada masa sekarang. Kepada si Taktahucerita, janganlah mudah termakan kata-kata dusta itu. Kesianlah kat diri kau. Dok gelakkan orang. Sat agy terkena kat batang hidung baru tahu langit tinggi rendah.

Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.
Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.
Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.
Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang.

Nota Kaki : Nad ask how to pujuk me. I said, I don't want nano but I want Nino. Afif El Nino. Kun kun ! HAHA xD


.:That was I. This is ME. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future:.

2 ulasan:

Apih El Nino berkata...

Eh nama saya ke situ? Haha. :P

didi oren ♥ berkata...

HAHAHAHA malu nyaaaaaaaa XD