Ku Tahu Kau Rindu .

Now Playing : Tak Cuba Kembali by Asfan. *favourite*
Now Mood : Shame. On. Me. Malu. Okay. Malu.
Now Place : On. My. Study. Table.

Selalu kita sebut, Apa pun yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Telinga pun dah lali. Ayat yang diulang berkali-kali. Lepas satu, satu lagy masalah yang jadi. Tapi bergantung pada diri kita sendiri. Antara ambil pengajaran atas apa yang terjadi, atau terus berdegil diri. Bad thing is, terkena kat batang hidung sendiri. Lepas nasihat kawan yang berkongsi masalah ny. Haih. Atleast I've some experience nak hadap masalah gini.

Tiga kali putus chenta tak bermakna aku dah serik nak berchenta lagy. Tapi biar lah untuk masa ny. Biar aku sendiri. Bukan senang nak jaga haty orang serba serbi. Sakit hati aku, ada orang peduli ?


Senang bila kita cakap, move on bila kawan kita yang terkena. Tapi bila tiba turn kita ? Terdiam seribu bahasa. Sakit hati tak terhingga. Agak kalau negara ny tak de undang-undang nak aje aku bunuh dia. Tapi niat tu sah salah. Geram jugak ada yang buat kita. Tapi apa boleh buat. Benda dah jady, tak kan nak salah kan ketentuan-Nya ? Haih, susah nak cakap sebenarnya.

Aku bukan Edina boleh terima ketentuan Sun bukan jodoh dia. Aku tak cekal macam Minn menunggu AO bertahun-tahun semata-mata  untuk setia. Aku tak layak macam Zulaikha dapat lelaki sebaik Hilman untuk jaga dia.

Aku cuma mahu lelaki yang boleh protect aku tak kira masa. Lelaki yang setia dalam berchenta. Lelaki yang pandai jaga diri dan nampak bergaya. Lelaki yang tahu hargai aku saat aku dengan dia. Lelaki yang tahu buat aku ceria saat aku berduka. Lelaki yang jujur dan bangga ada aku sebagai kekasih dia. Aku mahu lelaki yang penyayang boleh jaga aku macam dia jaga mama dia. Lelaki yang boleh terima aku seadanya.

Aku mahu lelaki yang baik haty. Lelaki yang tahu jaga haty dan tak menyusahkan aku setiap hari. Lelaki yang pandai berdikari. Lelaki yang tahu buat aku happy. Babe, ada lelaki begini tinggal di muka bumi ? Perfect cenggini mana nak cari ?

Ada lelaki yang buat aku hidup aku jady tak menentu. Tapi dia bukan calon aku. Aku tanak lelaki pencuri kelas satu. Aku tak mahu lelaki yang tak tahu malu.

Haih, orang kata aku gembira. Orang kata aku bahagia. Saat aku dengan kawan, semua indah belaka. Macam tak de masalah. Kalau bosan, jantung hati jady peneman setia. Aku gembira bukan sebab aku dah ada teman nak text aku untuk hilang rasa sunyi dalam jiwa. Tapi sebab aku ada kakak jady tempat aku luah rasa dan mereka sebagai pendengar setia. Itu orang kata.

Tapi orang tak pernah tahu apa yang aku rasa. Aku senyum sebab aku nak sorok sedih dalam jiwa. Aku ketawa biar hilang rasa duka. Aku gembira sebab nak tutup luka. Itu orang tak pernah kata.


Nota Kaki : Aku bukan nak lelaki macam Kim Jong Kook berbadan sasa. Aku cuma mahu lelaki yang boleh jaga aku masa tua. 

.:That was I. This is ME. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future:.

Tiada ulasan: