Kecewa.

Now Listening : Hydir Idris - 5SOS - Amnesia (Acoustic Cover)
Now Mood : Lihat blog title.
Now Place : Office. Percetakan Surya Sdn Bhd.



Hey, dear. Rindu. Rindu nak menaip kat blog sepi ni. I just miss you. I miss us. Rindu yang dulu sebenarnya. *lap air mata*

Tengok tajuk je dah tahu condition aku macam mana. Aku kecewa dengan manusia. Manusia yang tak pernah anggap aku ada. Manusia yang sentiasa buat aku leka. Manusia yang seringkali buat aku jatuh rebah. Aku kecewa.

Aku tak tahu nak mula macam mana. Tapi kali ni aku masih boleh senyum. Sebab aku rasa aku mampu bangun kembali. Orang kata, kalau masih boleh senyum tu tak de lah luka sangat kecewa tu kan. Haa macam tu lah. Baru hati sado namanya.

Lately rasa down. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab kerja berlambak atas meja. Mungkin terpaksa buat tuntutan kerja lebih masa. Penat. Kerja bagai nak gila. Itu pun buat aku kecewa sebab aku masih lemah dalam aturkan hidup aku dengan kerja.

Sungguh. Aku rindu aku yang dulu. Aku rindu kita yang dulu. Aku yang sentiasa ada masa untuk keluarga. Aku yang penat hanya di tempat kerja. Aku yang ada masa untuk bermanja dengan anak anak. Aku yang bebas membuat keputusan tanpa rasa curiga. Aku rindu aku yang macam tu.

Tapi sekarang tak macam dulu dah. Kalau dulu down pun masih ada yang mahu dengar cerita kita. Tapi sekarang ? I just need someone to rely on. Dia yang boleh bagi nasihat bila aku perlukan. Dia yang tak sentiasa ada, tapi aku masih rasa dia ada. Dia yang sentiasa buat aku senyum bila aku teringat kenangan kita.

Sekarang, masih. Dia masih dia. Cuma aku yang berubah. Aku bukan yang dulu. Dia masih dia yang mampu buat aku senyum. Susah nak move on sebenarnya. Mulut kata aku dah lama move on. Tapi hati ni tetap tak mampu nak move on. Kau sanggup hilang orang yang kau dah lama suka ? Kau rasa, ain't ? Macam tu lah aku rasa.

Dan sebenarnya aku kecewa dengan dia. Tangan aku gatal tekan conversation lama lama dia dengan ex dia. Salah aku. Aku tahu. Akhirnya aku sendiri rasa tertipu. Aku keliru. Tak tahu nak rasa marah ? Benci ? Sukar nak buat keputusan. Dan aku ambil keputusan untuk berdiam diri. Aku malas nak marah marah. Cerita lama. Tapi kenapa perlu tipu aku ?

Susah sekarang nak percaya dengan manusia. Semuanya dusta. Ini semua dunia, Dhaniah. Yang kekal cuma Tuhan. Dunia ni tak bawak kemana. Harta menimbun pun tak guna. Aku pejam mata. Aku harap esok akan ada sinar untuk aku ubah semuanya. Aku tak sanggup dah nak simpan rasa kecewa. Sakit. Perit. Itu yang aku rasa.

Maaf lah. Kabut sikit aku type entry kali ni. Aku tak tahu nak type apa. Aku tak tahu nak rasa apa. Entry ni kosong tak de benda. Aku just nak orang tahu aku tengah kecewa. Aku tengah down gila gila. Aku rasa macam nak lari rumah sebab aku tak mampu nak hold on problems yang ada.

Okay la, bye.

End.
141114
1621hr MLK, MY
Annyeong.
.:That was I. This is ME. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future:.

Tiada ulasan: